BulkX Treasure Box
Product Details
Pemburuan Treasure Bermula Di Sini 🏆
Nak pengalaman unboxing yang lebih puas? BulkX Treasure Box hadir dengan saiz lebih besar dan lebih banyak parcel untuk anda selongkar.
Bayangkan macam buat treasure hunt sendiri di warehouse — buka kotak, ambil satu demi satu parcel dan lihat apa yang anda berjaya jumpa.
Selongkar & Cari Treasure Anda 🔍
Keseronokannya terletak pada kepelbagaian barangan.
Anda mungkin menemui aksesori teknologi, barangan rumah, fesyen, produk kecantikan, mainan, keperluan harian dan pelbagai penemuan lain yang tak disangka.
Stok kami sentiasa bertukar mengikut batch, jadi setiap Treasure Box disediakan berdasarkan stok yang tersedia ketika itu.
Treasure Box — Saiz Besar
Saiz Kotak: 70 × 50 × 53 cm
Anggaran Isi: 15–30 parcel
Anggaran Berat: 8–15 kg
Jumlah dan berat sebenar mungkin berbeza bergantung pada campuran barangan besar, kecil, ringan atau berat di dalam kotak.
Lagi Besar, Lagi Puas 🔥
Lebih banyak untuk dibuka, lebih banyak untuk diterokai dan lebih banyak moment “Eh, dapat apa ni?!”
Sesuai untuk buka bersama keluarga atau kawan-kawan, buat content unboxing, memburu barang menarik atau sekadar enjoy sendiri.
Sebelum Mula Selongkar
Treasure Box disediakan tanpa pemilihan produk, jenama, warna atau kategori tertentu.
Bergantung pada batch, keadaan barangan mungkin baru, seperti baru, open-box atau barang pulangan pelanggan. Bungkusan luar juga mungkin mempunyai kesan pengendalian atau penyimpanan.
Barangan dalam gambar, video dan unboxing terdahulu hanyalah contoh stok yang pernah ada di BulkX dan bukan jaminan kandungan kotak anda.
Agaknya Ada Treasure Menanti? 👀
Hanya ada satu cara untuk tahu.
Buka. Selongkar. Temui Treasure Anda. 🏆
BulkX — Ready to Reveal?