1. Apa itu BulkX?
BulkX ialah kedai online yang menawarkan unclaimed parcel, barang return, lebihan stok (overstock) dan Mystery Box.
Apa yang best? Setiap kotak mempunyai isi yang berbeza. Jadi memang ada elemen kejutan setiap kali buka kotak!
Ready to Reveal?
2. Dari mana datangnya barang BulkX?
Stok kami diperoleh melalui saluran pembekalan yang sah dan dibenarkan, termasuk:
-
Parcel yang tidak dituntut (unclaimed parcel)
-
Barang yang dipulangkan pelanggan (returned goods)
-
Lebihan stok (overstock)
-
Stok clearance atau liquidation
Stok ini boleh datang daripada syarikat logistik, retailer, distributor atau rakan pembekal yang berkaitan.
Pendek kata, kami ambil stok yang masih mempunyai nilai dan beri peluang kedua untuk ia menemui pemilik baru.
3. Semua Mystery Box sama ke?
Tak sama!
Itulah yang buat Mystery Box BulkX lebih menarik. Isi setiap kotak bergantung kepada stok yang tersedia pada waktu ia dibungkus.
Hari ini mungkin lain, esok pun mungkin lain. Memang kena buka baru tahu!
4. Boleh pilih barang dalam Mystery Box?
Tak boleh ya.
Mystery Box dibungkus secara rawak, jadi pelanggan tidak boleh memilih atau request barang tertentu.
Kalau dah boleh pilih, bukan mystery lagi kan?
5. Confirm dapat barang mahal?
Tak ada jaminan ya.
Konsep Mystery Box memang berdasarkan kejutan dan pengalaman unboxing. Ada kotak yang mungkin mengandungi barang bernilai tinggi, tetapi kami tidak menjamin jenama, jenis barang atau nilai tertentu.
Expect the unexpected!
6. BulkX hantar ke luar negara?
Ya!
BulkX menyediakan penghantaran ke kebanyakan negara di seluruh dunia.
Kos penghantaran dan pilihan penghantaran akan dipaparkan semasa checkout berdasarkan destinasi anda.
7. Berapa lama barang nak sampai?
Anggaran masa penghantaran:
Malaysia: 5–7 hari bekerja
International: 14–21 hari bekerja
Tempoh penghantaran mungkin berubah bergantung kepada courier, lokasi penghantaran dan proses kastam untuk pesanan antarabangsa.
8. Boleh bayar guna apa?
Kami menyediakan beberapa pilihan pembayaran online yang selamat, antaranya:
-
Visa
-
Mastercard
-
Apple Pay
-
Google Pay
-
Kaedah pembayaran lain yang tersedia semasa checkout
Pilih sahaja kaedah yang paling mudah untuk anda.
9. Boleh return Mystery Box?
Disebabkan konsep Mystery Box ialah barangan kejutan, semua pembelian adalah muktamad (final sale).
Return atau pertukaran hanya akan dipertimbangkan untuk situasi tertentu seperti:
-
Barang/pesanan yang dihantar tidak sama dengan pesanan anda
-
Parcel tiba dalam keadaan rosak teruk akibat penghantaran
Jika ada masalah dengan pesanan, terus hubungi team BulkX supaya kami boleh bantu.
10. Barang dalam BulkX baru atau terpakai?
Kebanyakan barang adalah baru atau masih dalam keadaan baik.
Namun, disebabkan sebahagian stok berasal daripada barang return, overstock atau liquidation, keadaan packaging mungkin berbeza dan ada yang mempunyai sedikit kesan kosmetik.
Itulah sebahagian daripada pengalaman membuka Mystery Box.
11. Saya berniaga. Boleh beli secara borong?
Boleh sangat!
BulkX juga mengalu-alukan.
-
Reseller
-
Wholesaler
-
Retailer
-
Peniaga online
-
Pembeli borong
Nak ambil dalam kuantiti banyak? Hubungi kami untuk pertanyaan mengenai harga borong dan bulk purchase.
12. Macam mana nak hubungi BulkX?
Ada pertanyaan? Team BulkX sedia membantu.
Anda boleh hubungi kami melalui:
-
Contact Form
-
Email
-
Social Media
Kami akan cuba membalas semua pertanyaan dalam tempoh 1 hari bekerja.
Nota Penting
BulkX menjual Mystery Box yang mengandungi barangan yang dipilih dan dibungkus secara rawak.
Gambar produk yang dipaparkan di website adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Isi kandungan, jenama, warna, saiz, jenis dan nilai barangan mungkin berbeza mengikut stok yang tersedia.
Stok BulkX diperoleh melalui saluran pembekalan yang sah dan dibenarkan.