Tentang BulkX

BulkX ialah jenama runcit dan borong yang menawarkan parcel tidak dituntut, barang pulangan pelanggan, lebihan stok, stok liquidation, barangan pukal dan Mystery Box.

Kami percaya barangan yang masih mempunyai nilai dan boleh digunakan tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja. Sebab itu BulkX memberi peluang kedua kepada stok-stok ini untuk menemui pemilik baru dan kembali mempunyai nilai.

Dari Mana Stok BulkX?

Stok BulkX diperoleh melalui saluran bekalan yang sah dan dibenarkan.

Bergantung pada batch dan stok semasa, ia mungkin terdiri daripada:

  • Parcel tidak dituntut

  • Barang pulangan pelanggan

  • Overstock & lebihan stok

  • Barangan clearance

  • Stok liquidation

  • Barangan pukal daripada pelbagai kategori

Stok kami sentiasa berubah. Jadi jenis barang, kuantiti, kategori dan keadaan produk mungkin berbeza daripada satu batch ke batch yang lain.

Itulah yang membuatkan BulkX sentiasa ada sesuatu yang baru untuk diterokai.

Dari Warehouse Ke Box Anda 

Apabila stok tiba, barangan akan melalui proses pengendalian, sorting dan packing sebelum disediakan untuk jualan.

Stok kemudiannya boleh ditawarkan dalam pelbagai pilihan seperti Mystery Box, pembelian pukal dan format lain yang tersedia.

Untuk Mystery Box, kandungan disediakan berdasarkan stok semasa dan setiap box tidak semestinya mempunyai kombinasi barangan yang sama.

Lain box, lain isi. Lain unboxing, lain pengalaman.

BulkX Untuk Siapa?

BulkX bukan hanya untuk peminat Mystery Box.

Kami juga menyediakan pilihan untuk:

  • Individu yang sukakan pengalaman unboxing

  • Bargain & treasure hunters

  • Content creator

  • Live seller

  • Online seller

  • Reseller

  • Peniaga yang mencari stok campur dalam kuantiti lebih besar

Sama ada anda datang untuk berseronok membuka Mystery Box atau mencari stok untuk bisnes, ada pilihan BulkX yang sesuai untuk diterokai.

Memberi Peluang Kedua 

Kami percaya barangan yang masih boleh digunakan atau masih mempunyai nilai komersial layak mendapat peluang kedua.

Dengan mengedarkan semula stok terpilih daripada barangan tidak dituntut, pulangan pelanggan, overstock dan liquidation, kami membantu memanjangkan jangka hayat produk dan mengurangkan pembaziran yang tidak perlu.

Bagi kami, ia bukan sekadar menjual sebuah box.

Ia tentang mencari semula nilai dan memberi sesuatu produk peluang untuk menemui pemilik baru.

Misi Kami

Misi BulkX adalah untuk membuka semula nilai yang tersembunyi dalam stok tidak dituntut, pulangan pelanggan, overstock dan liquidation, sambil memberikan pengalaman membeli yang mudah, menarik dan bertanggungjawab.

Seiring perkembangan BulkX, kami akan terus meningkatkan proses sourcing, pengurusan stok, servis pelanggan dan sistem pengedaran kami.

Visi Kami

Kami mahu membangunkan BulkX sebagai destinasi yang dipercayai untuk Mystery Box, unclaimed parcel, returned goods dan bulk inventory bagi pelanggan individu serta perniagaan di Malaysia dan antarabangsa.

Matlamat kami adalah membina jenama yang dikenali kerana sumber stok yang bertanggungjawab, pengalaman discovery yang menarik, servis yang boleh dipercayai dan keupayaan mengubah stok yang terlepas pandang menjadi peluang baru.

Pengalaman BulkX

Dengan stok yang sentiasa berubah, setiap pembelian membawa kemungkinan yang berbeza.

Mungkin anda datang kerana sukakan kejutan. Mungkin anda sedang mencari hidden gems. Atau mungkin anda perlukan stok dalam kuantiti lebih besar untuk bisnes.

Apa pun sebabnya, semuanya bermula dengan satu soalan:

Apa agaknya ada dalam box anda seterusnya? 

BulkX — Ready to Reveal?


Maklumat Penting

BulkX Mystery Box dijual sebagai produk misteri dengan kandungan stok campuran. Melainkan dinyatakan secara khusus pada halaman produk, kami tidak menjamin produk, jenama, kategori, nilai runcit atau nilai jualan semula tertentu di dalam sesebuah Mystery Box.

Jenis barangan, kuantiti, keadaan produk dan pembungkusan mungkin berbeza mengikut stok yang tersedia. Barangan boleh terdiri daripada produk baru, open-box, pulangan pelanggan, overstock, clearance atau keadaan stok lain yang berkaitan.

Gambar produk dan lifestyle yang dipaparkan di website BulkX mungkin digunakan untuk tujuan ilustrasi dan promosi. Ia tidak bermaksud kandungan Mystery Box anda akan sama seperti yang ditunjukkan.

BulkX mendapatkan stok melalui saluran bekalan yang sah dan dibenarkan serta komited terhadap proses sourcing, pengendalian dan pengedaran yang bertanggungjawab.